Jika anda mencari pakaian yang selesa, kelihatan anggun dan santun dengan harga yang munasabah, anda telah sampai ke destinasi yang dituju.
Ixora menawarkan Muslimah T-Shirt dan beberapa barangan lain yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat bersaing. Semua barangan kami diperbuat daripada bahan yang terpilih sesuai dengan cuaca dan budaya masyarakat Islam di negara ini.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pengedar, kami menyediakan pakej yang sangat menarik. Sebagai contoh, dengan pembelian 20 pasang stokin wudhu', anda boleh mendapatnya dengan harga RM5.00 sepasang. Atau anda juga boleh mencubanya dengan membeli serendah 10 pasang dengan harga RM5.50 sepasang. Lebih banyak anda beli, lebih banyak keuntungan yang anda akan perolehi.
Sempena kedatangan Ramadan al-Mubarak, kami juga mengedarkan telekung khusus untuk keperluan travellers. Saiznya yang kecil dan comel ini mudah untuk dibawa ke mana-mana saja. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah sempena kedatangan bulan puasa. Bagi mereka yang ingin membeli secara borong, sila hubungi 019-2407332.
Jika anda hanya ingin membeli untuk kegunaan sendiri, anda boleh membeli secara online daripada laman web ini. Hanya klik pada add to cart dan ikut arahan selanjutnya. Dalam beberapa minit sahaja, urusan pembelian anda dapat diselesaikan. Biasanya, pesanan anda akan dihantar dalam tempoh tiga hari setelah pembayaran diterima. Bagaimanapun, sekiranya stok kehabisan, anda diminta bersabar untuk menunggu dalam beberapa hari.
Apa yang anda tunggu lagi? Kami mengalu-alukan kedatangan anda.
Atau sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut. Pegawai Khidmat Pelanggan kami sentiasa gembira melayani panggilan anda.
Last updated June 30, 2009
|
Muslimah T-Shirt - S |
Muslimah T-Shirt - M |
Muslimah T-Shirt - L |
Muslimah T-Shirt - XL |
|
Muslimah T-Shirt - XXL |
Stokin Wudhu' |
Kemeja T Tanpa Kolar |
Kemeja T Berkolar |
|
Telekung |
List All Products |
|
| Lost Password? | |
| Forgot your username? | |
| No account yet? Register | |
|
|